Keunikan Kampung Parit Besar, Bagan, Batu Pahat.
Parit Besar, Bagan: Selain keunikan seni binanya, sebahagian besar rumah tradisional Melayu yang banyak terdapat di luar bandar di daerah ini didapati masih kukuh biarpun ada antaranya sudah berusia lebih satu abad.
Bagi memastikan rumah pusaka warisan bangsa itu tetap utuh untuk tatapan generasi akan datang, usaha pemuliharaan seni bina yang mempunyai estetika tinggi itu perlu dipelopori pihak tertentu seperti Yayasan Warisan Johor (YWJ).
Selain itu, antara yang menarik mengenai rumah limas Johor ialah seni ukiran pada bahagian tertentu kediaman berkenaan seperti yang terdapat pada papan manis, tiang, dinding serta anjung.
Malah, tindakan menghiasi bahagian atas bingkai tingkap sesebuah rumah limas dengan kepingan kaca pelbagai warna menjadikannya kelihatan lebih menarik dan mempunyai elemen moden.
Pengaruh limas pada kebanyakan rumah kediaman di daerah Batu Pahat ini begitu kuat terutama pada bahagian bumbung yang didakwa lebih 80 peratus daripada rumah di Batu Pahat mempunyai konsep seni bina berkenaan terutama di Seri Medan dan Semerah

Comments
Post a Comment